Monday, 22 February 2016

Bisnes : Membuka Stesen Minyak

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.

Adakah anda berminat membuka stesen minyak? Sudah tentu soalan ini kadang-kadang agak melucukan seolah-olah saya ini mempunyai wang tunai sebanyak RM1 juta di dalam bank. Pendek kata, sekiranya tiada wang jangan bercakap pasal bisnes. Akan tetapi, sekiranya bercakap mengenai ilmu bisnes apa salahnya bukan?

Stesen minyak merupakan perniagaan francais di Malaysia sama seperti makanan segera seperti KFC, McDonald’s, dan sebagainya. Orang kata margin keuntungan stesen minyak ini ialah 1 sen seliter. Betul ke? Saya baru mendapat tahu bahawa memang benar bahawa margin keuntungan stesen minyak ialah 1 sen seliter. Tetapi itu dahulu. Sekarang ini margin keuntungan stesen minyak ialah 12 sen seliter. Ini adalah kerana harga minyak dunia sekarang sudah semakin naik. Ini bermakna peratus kenaikan harga minyak ialah sudah menjadi 110%!

Secara kasarnya, keuntungan bersih bagi sesebuah stesen minyak ialah RM30,000 – RM60,000 sebulan. Hebat bukan? RM60,000 itu dikira tahap maksimum sekiranya stesen minyak terletak berdekatan dengan tol.



Akan tetapi, berapa pula modal untuk membuka stesen minyak? Saya mendapat tahu bahawa modal untuk membuka stesen minyak ialah antara RM200,000 – RM500,000. Ini bermaknya anda sekurang-kurangnya mempunyai cash sebanyak RM200,000. Jika ingin mendapat pinjaman bank pun, tidak mengapa tetapi anda perlu mempunyai geran pinjaman daripada pihak bank.

Sekiranya di Malaysia, stesen-stesen minyak Petronas semuanya dimiliki oleh orang melayu. Sekiranya anda berminat membuka stesen minyak, anda boleh melihat iklan-iklan yang dibuka di dalam suratkhabar. Syaratnya ialah anda mempunyai modal dan lulus ujian yang ditetapkan. Mana tidaknya, syarikat-syarikat minyak sudah tentu ingin memilih kakitangan yang cekap untuk menjalankan operasi perniagaan mereka.



Cuma perniagaan stesen minyak memerlukan komitmen yang lebih. Anda perlu menjadi aliran tunai anda dan barangan lain khususnya rokok supaya ia tidak ‘diambil’ oleh kakitangan anda. Jika tidak, perniagaan anda rugi disebabkan oleh kakitangan anda yang tidak bertanggungjawab.


Saya pernah mengikuti kursus yang dijalankan oleh bekas pengurus cawangan bank. Beliau menyatakan bahawa ada seorang pelanggan beliau yang membuka stesen minyak. Namun begitu, keuntungan pelanggan beliau menyusut daripada RM80,000 sebulan kepada RM30,000 sebulan. Apabila ditanya beliau menyatakan keuntungan perniagaan menyusut kerana disebabkan ada pembahagi jalan dibuat. Oleh itu, kenderaan dari seberang jalan tidak dapat masuk ke stesen minyak beliau.

Inilah hakikat perniagaan stesen minyak. Boleh dikatakan bahawa perniagaan francais ini atau perniagaan francais yang lain tiada risiko. Cuma kita perlu mempunyai modal yang besar sahaja untuk menjalankan perniagaan ini.

Mempunyai 2 jenis iaitu CODO ATAU DODO




CODO (Company Owned, Dealer Operate)

CODO adalah di mana syarikat minyak itu sendiri yang akan mengeluarkan modal untuk membeli atau memajak tanah, mendapatkan kelulusan daripada pihak-pihak berwajib, mendirikan stesen minyak dan seterusnya mendapatkan CCC (dahulunya dikenali sebagai CFO). Setelah stesen minyak itu selesai dibina, stesen tersebut akan diserahkan kepada dealer untuk menjalankan perniagaan. Di sini, dealer tidak perlu mengeluarkan modal untuk membina stesen tersebut, tetapi hanya perlu mengeluarkan modal untuk membeli minyak dan stok barangan di dalam kedai. Dealer akan memperolehi keuntungan berdasarkan komisen daripada hasil jualan minyak. Komisen tersebut telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan perlu dipatuhi oleh semua dealer yang terbabit.

Jika anda mempunyai kawasan tanah yang strategik, anda boleh menjual atau memajakkan tanah tersebut kepada syarikat minyak yang berminat. Syarikat minyak akan membuat kajian terlebih dahulu sama ada tanah tersebut sesuai untuk dibina stesen minyak sebelum membuat keputusan untuk membeli/memajak tanah tersebut.

Keluasan tanah yang diperlukan untuk membina stesen minyak adalah lebih kurang satu ekar. Keluasan ini setelah diambil kira serahan kepada JKR untuk pelebaran jalan dan juga serahan kepada JPS untuk rezab parit. Namun begitu, serahan tanah kepada pihak JPS mungkin tidak diperlukan, bergantung kepada lokasi.

Bagi yang berminat untuk menjalankan perniagaan stesen minyak ataupun bercita-cita ingin menjadi seorang usahawan, anda boleh memohon untuk menjadi dealer untuk syarikat-syarikat minyak yang menawarkannya. Anda boleh menyemak syarat-syarat yang diperlukan melalui laman sesawang syarikat minyak tersebut.

DODO (Dealer Owned, Dealer Operate)

DODO memerlukan dealer melakukan semua urusan sendirian (starts from scratch). Ini termasuk menyediakan tanah, membina stesen minyak dan menjalankan operasi perniagaan setelah kesemunaya siap. Syarikat minyak hanya terlibat dalam proses memberikan lambang syarikat untuk tujuan operasi.
Syarikat minyak dan dealer akan terlibat dalam perjanjian pembekalan produk petroleum sahaja. Syarikat minyak akan menjadi pembekal, dan dealer akan menjualnya kepada pengguna. Sebagai balasannya, dealer akan memperolehi komisen daripada syarikat minyak berdasarkan setiap liter minyak yang dibeli.
Stesen minyak yang dibangunkan mengikut konsep DODO biasanya terletak di kawasan luar bandar. Kawasan tanah yang berada di luar kawasan dan kurang strategik seringkali menjadi tumpuan syarikat minyak untuk dimajukan. Jika anda mempunyai tanah di kawasan terbabit, anda boleh mencuba untuk memajukannya sebagai stesen DODO.

Kos pembinaan dan standard yang diperlukan untuk stesen DODO tidak terlalu tinggi sekitar antara RM350,000 hingga RM750,000 berbanding dengan stesen CODO yang kosnya boleh mencecah RM1 juta dan lebih.

kepada yang berminat dan berhajat dengan konsep perniagaan yang dikongsikan, sila tinggalkan number hp di ruangan komen supaya pihak kami dapat hubungi pada kadar segera. Melalui syarikat QASHAF ASSET MANAGEMENT BERHAD, kami mencari 100 usahawan terawal bersama kami yang mahu majukan diri dan punyai minat yang tinggi dalam konsep perniagaan ini. Dengan ini, kami menawarkan modal permulaan hanya serendah RM44,000.00 TUNAI sahaja. Selebihnya ditanggung oleh syarikat QASHAF ASSET MANAGEMENT BERHAD terikat kepada terma & syarat atas persetujuan kedua pihak.

Sekian, terima kasih.